Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KELAS USAHAWAN, ASAS BERNIAGA DI SHOPEE DAN ASAS MARKETING DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16-17 Disember 2022

Program ini dilaksanakan di PEDi KOIL dan diadakan pada 16-17 Disember 2022 tepat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang . Program ini disertai oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman. program bersama usahawan PEDi dan mencari usahawan baru untuk PEDi. Program ini dapat memberi pendedahan dan ilmu cara untuk mula berniaga di platform e-dagang Shopee....baca selanjutnya

MESYUARAT KLUSTER KEMAMAN KALI KE 5/2022

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Program ini dilaksanakan di PEDi KOIL dan diadakan pada 10 Disember 2022 tepat jam 9.45 pagi hingga 12.30 tengah hari . Program ini disertai oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman. Program ini diadakan untuk membincangkan lantikan baru untuk jawatan PEDi Kluster Kemaman...baca selanjutnya

PERANAN INISIATIF KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DALAM MEMPERKASA KOMUNITI TERHUBUNG

Aktiviti Terkini | 14 November 2022

Program ini dilaksanakan melalui ZOOM Webinar yang diadakan pada 14 November 2022 tepat jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi . Program ini disertai oleh Pn. Saidatul Ashikin, Pengarah II Jabatan Program Komuniti, MCMC. Turut dihadiri oleh Pn. Hashimah Hashim, Ketua, Jabatan Program Komuniti, MCMC, Dr. Mohd Roslan Rosnon, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh, UPM. Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) . Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Felda Kerteh 5 menyertai program tersebut bagi mengetahui info mengenai program tersebut. ...baca selanjutnya

SANTAI ANAK MUDA : KKM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Program ini diadakan di Gelanggang Futsal Kg Gong Chengal pada 12 November 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari . Program ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Komuniti Keluarga Malaysia dan mendapat JPKK Kg Gong Chengal, Sabasun dan PEDi Kg Gong Chengal....baca selanjutnya

MINGGU BAHASA BESTARI EDUKID CENTRE

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Felda kerteh 5 pada 19 Oktober 2022 bersamaan hari Rabu tepat jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari . Program ini dianjurkan oleh Bestari Edukid Centre dan mendapat kerjasama PEDi Felda Kerteh 5 . Program ini diadakan sempena sambutan minggu bahasa , di mana pihak penganjur mengadakan pertandingan bercerita Bahasa Melayu...baca selanjutnya

KARNIVAL TMBS ( TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA) PERINGKAT DUN KEMASIK 2022

Aktiviti Terkini | 6-8 Oktober 2022

Program ini diadakan di Dataran Bandar Baru, Sebelah Mc Donalds, Kerteh pada 6 hingga 8 Oktober 2022 bersamaan hari Khamis hingga Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Pusat Masyarakat ADUN Kemasek. Program ini diadakan untuk keharmonian keluarga. Disamping mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk sekitar, program ini banyak meyediakan aktiviti keagamaan...baca selanjutnya

PROGRAM EXPLORAC BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Teluk Kalong pada 24 September 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 12.00 Tengah Hari. Program ini dianjurkan oleh PEDI Pasir Gajah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Teluk Kalong.Program ini juga mendapat kerjasama daripada petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman. Program ini diadakan untuk Mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang ke arah menjadi usahawan...baca selanjutnya

KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN BERSAMA SSM

Aktiviti Terkini | 19 September 2022

Program ini diadakan di PEDi Bukit Anak Dara pada 19 September 2022 bersamaan hari Isnin tepat jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini mendapat kerjasama daripada petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman. Program ini diadakan untuk menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkualiti dan holistik dengan memberikan maklumat terkini mengenai proses persediaan perniagaan di Malaysia...baca selanjutnya

PROGRAM ASPIRASI MERDEKA BERSAMA PEDI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 1 September 2022

Program ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda kerteh5 5 pada 1 September 2022 bersamaan hari Ahad tepat jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini dilakasanakan oleh petugas-petugas PEDi Felda Kerteh 5, Perpustakaan Desa Felda kerteh 5 dan Tabika MGB. Program ini diadakan untuk menyuntik kesedaran awal kepada golongan muda mengenai sambutan bulan kemerdekaan bagi meningkatkan semangat patriotik dan cintakan Negara...baca selanjutnya

TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA)

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Cherul pada 20 Ogos 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini dilakasanakan oleh petugas-petuga PEDi kluster kemaman dan dihadiri penduduk setempat Felda Cherul...baca selanjutnya

KURSUS MEMBUAT BALM KUNYIT

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2022

Program ini diadakan di Pusat Komuniti Desa Felda Kerteh 6 pada 7 Ogos 2022 bersamaan hari Ahad tepat jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa Felda kerteh 6. Dihadiri oleh komuniti Ketengah Jaya. Program ini diadakan bertujuan mendidik komunti dengan membuat perusahaan balm kunyit homemade mampu menjana pendapatan yang lumayan ...baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN MEMASANG BENDERA MERDEKA DI PEDI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2022

Program ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda kerteh5 pada 2 Ogos 2022 bersamaan hari Selasa tepat jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini dilakasanakan oleh petugas-petuga PEDi Felda Kerteh 5 iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus Program ini diadakan untuk mewujudkan kerjasama antara petugas bagi membersihkan PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK LITTLE HAJJ 2022 ANJURAN TADIKA MGB

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2022

Program ini diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pusat Ekonomi Digital dan Perpustakaan Felda Kerteh 5 pada 28 Julai 2022 bersamaan hari Khamis tepat jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Tadika MGB. Dihadiri oleh pelajar PDK Felda Kerteh 6, murid2 tadika MGB, dan pelajar transit MGB. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman berharga kaedah praktikal ‘Naik Haji’ kepada anak-anak....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN ‘SMART PHONE

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Program ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Padang Kubu pada 22 Julai 2022 bersamaan hari Jumaat tepat jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster kemaman. Dihadiri oleh komuniti Padang Kubu dan petugas PEDi kluster kemaman Program ini diadakan bertujuan memperkenalkan “Flatlay” sebagai salah satu cara menaikkan jualan online....baca selanjutnya

KURSUS MASAKAN AIR SOYA DAN TAUFU-FA

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Program ini diadakan di Pusat Komuniti Desa Felda Kerteh 6 pada 17 Julai 2022 bersamaan hari Ahad tepat jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa Felda kerteh 6. Dihadiri oleh komuniti Ketengah Jaya. Program ini diadakan bertujuan mendidik komunti dengan mengusahan jualan air soya dan taufu-fa juga dapat membantu tingkatkan ekonomi keluarga...baca selanjutnya

div class="newsContent">

SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Awam Kerteh pada 18 Jun 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Kerteh dengan kerjasama petugas-petugas PEDi Kluster kemaman. Dihadiri oleh pengguna Perpustakaan Awam kerteh. Program ini diadakan bertujuan memperkenalkan perpustakaan kepada orang ramai...baca selanjutnya

PROGRAM DEMO PRODUK AMWAY

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2022

Program ini diadakan di Balairaya JKKR Felda Kerteh 5 pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat tepat jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh PEDi Felda Kerteh 5 dan kerjasama daripada ejen-ejen Amway. Dihadiri oleh Komuniti Ketengah Jaya. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perniagaan Amway adalah salah satu cara meningkakan ekonomi keluarga masing-masing....baca selanjutnya

PROGAM PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022

Aktiviti Terkini | 2022

Program ini diadakan pada 13 dan 14 Jun 2022 iaitu pada hari Isnin dan Selasa tepat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pengurus PEDi perlu hadir ke Dewan Binjai , Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu manakala Penolong pengurus perlu menyertai program ini secara atas talian dengan link url yang diberikan...baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022

Program ini diadakan di PEDi Felda Kerteh 5 pada 4 Jun 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster Kemaman dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasek. Dihadiri oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman dan Komuniti Ketengah Jaya. program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat....baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERPUSTAKAAN DESA FELDA KERTEH 5 2022

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Felda kerteh5 5 pada 25 Mei 2022 bersamaan hari Rabu tepat jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang . Dihadiri oleh komuniti setempat Felda kerteh5...baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PEDI KLUSTER KEMAMAN 2022

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Program ini diadakan di PEDi Bukit Kuang pada 22 Mei 2022 bersamaan hari Ahad tepat jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang . Dihadiri oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman . Program ini juga menjemput ahli keluarga petugas PEDi, Majlis Perbandaran Kemaman bahagian (e-waste) , Jabatan Penerangan, Bekas petugas PEDi, petugas Perpustakaan Kemaman, Cikgu Shopee Kerteh 5, Panel penasihat JPKK Bukit Kuang dan Ikon Usahawan Bukit Kuang....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA KAUNTER BERGERAK SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2022

Program ini diadakan di Mini Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kemaman pada 17 Mei 2022 bersamaan hari Selasa tepat jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang . Dihadiri oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman...baca selanjutnya

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 1443H/2022 DUN KEMASIK DENGAN KERJASAMA JPKK DAN PAS CAWANGAN

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022

Program ini diadakan di Perkarangan Masjid Felda Kerteh 5 pada 15 Mei 2022 bersamaan hari sabtu tepat jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang . Dihadiri oleh penduduk Felda Ketengah Jaya. Program ini juga dianjurkan oleh YB Ir Saiful Azmi Suhaili Adun Kemasik...baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASIN 1443H/2022M

Aktiviti Terkini | 25 April 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Felda kerteh 5 pada 25 April 2022 bersamaan hari Isnin tepat jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Dihadiri oleh 20 orang penduduk Felda kerteh 5. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

div class="newsContent">

IFTAR JAMAIE YB IR SAIFUL AZMI SUHAILI BERSAMA AGENSI KERAJAAN & NGO DUN KEMASIK (N29) 2022

Aktiviti Terkini | 20 April 2022

Program ini diadakan di Nohana Ikan Bakar Kertih pada 20 April 2022 bersamaan hari Rabu tepat jam 6.30 petang sehingga 8.00 malam. Dihadiri oleh agensi kerajaan & NGO Dun Kemasik . Program ini juga dianjurkan oleh YB IR Saiful Azmi Suhaili...baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H/2022M

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Program ini diadakan di PEDi Kg Geliga pada 16 April 2022 bersamaan hari sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Dihadiri oleh wakil staff PEDi kluster kemaman, penduduk kampung, JPKK Kg Geliga. Program ini juga dianjurkan oleh PEDi kluster Kemaman dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman...baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR BERSAMA YB MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA ( MEN-KOMM)

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

Program ini diadakan di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu pada 9 April 2022 bersamaan hari sabtu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam . Dihadiri oleh Pengurus PEDi bagi memeriahkan majlis tersebut . Program ini juga dianjurkan oleh KKOM, JAPEN, dan MCMC....baca selanjutnya

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Program ini diadakan di di Balairaya JPKK Kampung Baru Felda Kerteh 5 pada 26 Mac 2022 bersamaan hari sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Dihadiri oleh 20 Orang kampung. Program ini dirasmikan oleh YB Ir Saiful Azmi Suhaili...baca selanjutnya

KELAS ASAS EDIT VIDEO MENGGUNAKAN FILMRAGO DENGAN KERJASAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman telah menjemput petugas untuk memberi tunjuk ajar berkenaan edit video menggunakan telefon pintar. Ia adalah merupakan aktiviti bersama pelajar dan juga menjadi aktiviti bulanan bagi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Kemaman pada bulan Mac 2022. Program kali ini diketuai oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Bukit Anak Dara dibawah seliaan Digi...baca selanjutnya

KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN (KLUSTER KEMAMAN)

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Program ini diadakan di PEDi Kg Baru Kemasek. Dihadiri oleh semua petugas PEDi untuk kluster kemaman dan usahawan PEDi Kg Baru Kemasek. Program diadakan pada 19 Februari 2022 tepat jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang....baca selanjutnya

MESYUARAT PEDI KLUSTER KEMAMAN KALI KE-1/2022

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2022

Program ini diadakan di atas talian iaitu Google Meet. Dihadiri oleh semua petugas PEDi untuk kluster kemaman. Membincangkan program bersama Jabatan kerajaan, program bulanan kluster, dan program booth bergerak...baca selanjutnya

BENGKEL APLIKASI SHOPEE (CARA MEMBINA AKAUN PENJUAL) SIRI 1 2022

Aktiviti Terkini |15 Januari 2022

Program ini diadakan di PEDi Felda Kerteh 5 pada 15 Januari 2022 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 10 orang peserta...baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI SEMPENA CUTI SEKOLAH BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 2-3 Januari 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Felda kerteh 5 pada 2 Januari hingga 3 Januari 2022 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 20 orang murid Tadika Muslim Genius Bestari dan diiringi oleh 3 orang cikgu...baca selanjutnya

KURSUS GUBAHAN BUNGA ROS

Aktiviti Terkini | 1 Januari 2022

Program ini diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Felda kerteh 6 pada 1 Januari 2022 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan seorang tenaga pengajar...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti