INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

PROFILE KAMPUNG FELDA KERTEH 5

KAMPUNG : FELDA KERTEH 5
LATITUDE : 4.562822
LONGITUDE : 103.324757
DUN : KEMASIK
MUKIM : KERTEH
PARLIMEN : KEMAMAN
DAERAH : KEMAMAN
NEGERI : TERENGGANU DARUL IMAN


PENGENALAN

Tanah rancangan felda kerteh 5 dibuka pada tahun 1980-an, oleh lembaga kemajuan tanah persekutuan (LKTP) dengan keluasan 1544 hekta.
Terletak 56 km dari pusat bandar kemaman. Punca pendapatan utama ialah dari hasil ladang sawit. Mukabuminya berbentuk tanah pamah beralun , jenis tanah ialah laterit sangat sesuai untuk penanaman kelapa sawit.
Jumlah penduduk atau perumahan yang didaftar atas nama peneroka disini seramai 357 keluarga.


SENARAI KAMPUNG RANGKAIAN

Terdapat tiga buah kampung di dalam kawasan pentadbiran jkkk kampung felda kerteh 5. Kampung-kampung tersebut adalah:
- Felda kerteh 5
- Kampung baru felda kerteh 5
- Kampung rahmat felda kerteh 5


SENARAI KAMPUNG TERDEKAT

Kampung felda kerteh 5 adalah berdekatan dengan sebuah kawasan penempatan lain. Terdapat pelbagai lagi kampung yang terdekat dengan kampung felda kerteh 5, antaranya:
- Felda kerteh 1
- Felda kerteh 4
- Felda kerteh 6
- Bandar ketengah jaya dan lain-lain


PETA KAWASAN KAMPUNG






SOSIOEKONOMI

Dijana melalui aktiviti perladangan, pertanian, keusahawanan dan penternakan. Sumber ekonomi utama mereka datang dari ladang-ladang kelapa sawit. Sektor pertanian adalah satu kegiatan ekonomi terpenting dalam menjana pendapatan penduduk di bandar KETENGAH jaya. Lebih daripada 1,400 hektar kawasan tanah rancangan digunakan untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. Setiap peneroka di tanah rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) mengusahakan sekurang-kurangnya empat hektar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Pendapatan tambahan melalui aktiviti perniagaan seperti membuka bengkel motosikal, kedai runcit dan juga warung-warung makanan.


Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong


● Pantai Paka berada lebih kurang 20km dari Perkampungan Felda Kerteh 5
● Terletak di Pekan Paka, Dungun, Terengganu
● Kawasan rekreasi dan perkelahan hujung minggu
● Terdapat banyak gerai makanan tradisional Terengganu di sepanjang persisiran Pantai Paka


● Pantai Paka berada lebih kurang 20km dari Perkampungan Felda Kerteh 5
● Terletak di Pekan Paka, Dungun, Terengganu
● Kawasan rekreasi dan perkelahan hujung minggu
● Terdapat banyak gerai makanan tradisional Terengganu di sepanjang persisiran Pantai Paka



Tempat Makan Yang Menarik



WARUNG YANG TERKENAL DENGAN KEREPOK LEKOR DAN GORENG PISANG PANAS

NAMA PEMILIK: RAIMAH BINTI SULONG
TEMPOH OPERASI: LEBIH 10 TAHUN BEROPERASI
ALAMAT: NO 129 FELDA KERTEH 5



Homestay



RUMAH TUMPANGAN MESRA KASIH FELDA KERTEH 5

BOLEH HUBUNGI:-
HJ MOHAMAD : 013-9248929
HJH ESAH : 019-9449660
RUMAH : 09-8200512/09-8200513


AINI GUEST HOUSE, KETENGAH JAYA,PAKA

UNTUK TEMPAHAN & PERTANYAAN:
017-2519039 - K.ANI
011-3720 3351 - WATIE

Kemudahan Awam
Perpustakaan Desa
Pejabat Felda
Gelanggang Futsal
Masjid Jamek
Dewan Sivik Felda Kerteh 5
Balai Polis Ketengah Jaya
Stesen Bas Ketengah Jaya
Pendidkan
Sek.Keb Kg. Baru Rasau Kerteh 5
Tabika Kemas Felda Kerteh 5
Pusat Anak Permata Negara Kerteh 5
Kisah Kejayaan
Nama : Siti Rosnah Binti M.Yunus
Alamat : 2/42 Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu
No. Telefon : 019-9522450
Tahun menjadi Ahli NADI : 04/11/2015 - 2018
Facebook : https://web.facebook.com/siti.rosnah.104

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau tidak mahir menggunakan computer dan tidak mahir menggunakan aplikasi yang tersedia kerana beliau tidak yakin untuk menggunakannya. Beliau takut untuk melibatkan diri dengan Pusat Internet kerana bimbang akan diri beliau yang buta IT. Dunia hujung jari sekarang memerlukan individu yang celik IT agar tidak tertipu dan tidak mudah terpedaya dengan kata-kata orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh staf Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Kerteh 5, beliau dapat belajar sesuatu yang baru antaranya menaip, mengakses internet, pembelajaran alam maya dan sebagainya. Kini, beliau lebih pandai mengakses laman social serta pandai mencari maklumat yang diperlukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Setelah banyak kali melibatkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kerteh 5, beliau dapat mengendalikan sendiri computer dan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang dunia siber. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) banyak membantu beliau meningkatkan taraf hidup beliau dalam bidang perniagaan serta beliau dapat menyemak sendiri Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah anak-anak beliau.





Nama : Noor Ain Binti Roslan
Alamat : 177 Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu
No. Telefon : 01116112399
Tahun menjadi Ahli NADI : 6/5/2017 - 2018
Facebook : https://web.facebook.com/ain.noora

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Sebelum menjadi ahli NaDi, beliau hanya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau hanya menumpukan urusan rumah tangga dan tidak terdedah dengan dunia luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kerteh 5, beliau kini mula mengusahakan perniagaan makan pagi dan masakan barat dan turut mengambil tempahan untuk majlis keraian melalui atas talian dan media sosial.

Keusahawanan

Nama: Pn Norfadilah binti Ahmad
SSM: expired
Alamat: B31 Rumah Ketengah, 23300 Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu
Bidang Perniagaan: Butik Pengantin dan Bakery
No.Tel: 011-13352897
Website: www.facebook.com/norfadilah.ahmad.3



Nama: Abby Hazril bin Hamzah
SSM: TR0137333-P
Alamat: Idea Global Network, no 34 Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu
Bidang Perniagaan: Printing & Advertising
No.Tel: 019-9188585
Website: /www.facebook.com/Idea StudiaCreative


PERUSAHAAN KUIH TRADISONAL TERENGGANU

- MULA BEROPERASI 5 BULAN YANG LALU
- NAMA PEMILIK: HASNAH BINTI ISMAIL
- ALAMAT: NO 124 FELDA KERTEH 5