Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM KLUSTER (KARNIVAL SUKAN SEMPENA HARI MALAYSIA PUSAT INTERNET DAN MPKK PUSAT INTERNET KG GONG CHENGAL)

Aktiviti Terkini | 19 September 2020

Memupuk semangat patrioritik dan cintakan negara di kalangan penduduk ...baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN PKSK TAHUN 2020 BAGI SEKOLAH KETENGAH JAYA

Aktiviti Terkini | 15 September 2020

Membantu ibu bapa mengisi maklumat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER (APRESIASI MERDEKA DAN RUKUNEGARA BERSAMA PUSAT INTERNET PADANG KUBU

Aktiviti Terkini |28 Ogos 2020

Memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah ...baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH MERDEKA DENGAN NORMA BAHARU BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini |21 & 22 Ogos 2020

Memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK ANJURAN PUSAT INTERNET FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini |15 - 30 Julai 2020

Membantu memperkenalkan perkara-perkara yang menarik di ketengah Jaya...baca selanjutnya

JOM DIY BERSAMA PUSAT INTERNET - POKOK KELADI VIRAL ECO

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2020

Membantu golongan suri rumah dalam mencari idea untuk mendekorasi rumah dengan bajet yang murah....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

KELAS PEMBUATAN BOMBOLINI

Aktiviti Terkini | 29 Februari 2020

Balairaya Felda Kerteh 5 ...baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2020

Gotong-royong ini telah dijalankan dengan membersihkan pusat internet dan kawasan sekitar. Program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini telah disertai oleh pelajar sekolah dan ahli Pusat Internet Felda Kerteh 5....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti