PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA MOBILE AR RAYYAN

Aktiviti terkini | 18 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program pmeriksaan mata percuma bersama Mobile Ar Rayyan.
• Program ini bermula jam 9 pagi sehingga 2.00 petang.
• Program ini telah mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan didatangai oleh petugas-petugas Pusat Cermin Mata Mobile Ar Rayyan Dungun.
• Komuniti setempat dapat membuat pemerikasaan mata secara percuma.
• Khidmat nasihat serta cara penjagaan mata yang betul juga turut diberikan kepada komuniti setempat

Tujuan :
• Tujuan utama mengadakan program bersama Pusat Cermin Mata Ar Rayyan Dungun adalah untuk membantu komuniti setempat dan memberi kemudahan kepada mereka terutamanya golongan yang berumur serta mereka yang mempunyai kekangan waktu dan mereka yang sukar untuk bergerak sendiri ke kedai kedai Optimetris untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan mata.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Persiapan tempat
• Pemeriksaan mata secara percuma
• Khidmat nasihat penjagaan mata
• Promosi Cermin Mata
• Promosi Bingkai Percuma

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kemudahan kepada komuniti setempat
• Membantu menjimatkan masa,tenaga, dan wang ringgit komuniti setempat
• Pemeriksaan mata secara percuma
• Memberi peluang kepada komuniti bertanya dengan lebih terperinci kepada doktor berkaitan masalah dan cara penjagaan mata yang betul

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.