Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KURSUS MEMBUAT TELEKUNG SOLAT

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2021

Program ini diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Felda kerteh 6 pada 23 Disember 2021 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan seorang tenaga pengajar..baca selanjutnya

PROGRAM BICARA KLIK DENGAN BIJAK SIRI 28/2021

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2021

Program Klik Dengan Bijak ini mengupas dan membincangkan masalah serta tindakan dalam keselamatan media sosial..baca selanjutnya

PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee. 100 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir dan terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Kampus Machang. Moderator : Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir (JPKTDM). Penceramah : Mohd Syafiq Bin Kamal (Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kemaman Command Centre (PEDi KCC)...baca selanjutnya

KURSUS DEKO KEK

Aktiviti Terkini | 24 November 2021

Program ini diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Felda kerteh 6 pada 25 November 2021 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan seorang tenaga pengajar...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER KEMAMAN : KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Program Klik Dengan Bijak ini mengupas dan membincangkan masalah serta tindakan dalam keselamatan media sosial ...baca selanjutnya

KURSUS GUBAHAN ORKID SESI KEDUA

Aktiviti Terkini | 2 November 2021

Program ini diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Felda kerteh 6 pada 2 November 2021 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 11 orang peserta dan seorang tenaga pengajar...baca selanjutnya

PROGRAM BICARA SANTAI : CABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIK

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Penceramah untuk program ini adalah Encik Reeza Bin Abd Patah (Adun Belia Negeri Terengganu)...baca selanjutnya

KURSUS GUBAHAN ORKID SESI PERTAMA

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2021

Program ini diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Felda kerteh 6 pada 21 Oktober 2021 tepat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 11 orang peserta dan seorang tenaga pengajar...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK SECARA ATAS TALIAN 1.0 BAGI FASA PERTAMA TAHUN 2021

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Tanggungjawab Seksualiti, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE PERTENGAHAN:PETUA PEMASARAN UNTUK KEDAI SHOPEE ANDA

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform Livestorm ...baca selanjutnya

BENGKEL SHOPEE X PIK KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 7,14,21 & 28 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman kerana ia merupakan program bersama anjuran Pusat Internet Komuniti Kemaman. Penggerak utama program ini adalah Pusat Intenet Komuniti Bukit Anak Dara ...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE ASAS:MULAKAN BISNESS E-DAGANG ANDA BERSAMA SHOPEE! X MCMC

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform Livestorm...baca selanjutnya

TAKLIMAT RINGKAS KPI BAGI TAHUN 2021-2023

Aktiviti Terkini | 1 Julai 2021

Pengerusi Memperkenalkan Diri. Pengerusi Memperkenalkan Host Yang Bercakap. Memberi Penerangan Mengenai Topik Taklimat Ringkas Kpi Bagi Tahun 2021-2023...baca selanjutnya

POCKET TALK BERSAMA KOMUNITI PIK-PIK DI KLUSTER DUNGUN DAN KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2021

Pengerusi memperkenalkan diri.pengerusi memperkenalkan host yang bercakap. Memberi penerangan mengenai topik "cfm : melestarikan pengguna digital”...baca selanjutnya

QURAN HOUR BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2021

Mengangkat Surah Al-Hujurat sebagai surah utama dengan panduan pembentukan umat berakhlak mengikut panduan al-Quran,Surah Al-Fatihah sebagai Ummul Quran,Surah Al-Baqarah sebagai puncak Quran,Surah Yassin sebagai Qalbu Quran & Surah Luqman menjadi misi sepanjang tahun untuk membina keluarga....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER: IHYA RAMADAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Penyerahan sumbangan kepada pesakit kanser limfoma...baca selanjutnya

PROGRAM LIVE DI FACEBOOK TAJUK: SCRATCH - MUDAHNYA MEMBINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL “ANJURAN PUSAT INTERNET KOMUNITI KG. GONG CHENGAL

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Mempelajari teknik ringkas mencipta permainan computer dengan menggunakan pengatucaraan Visual...baca selanjutnya

PROGRAM LIVE DI FACEBOOK “PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI DI MUSIM PKP. “ANJURAN PUSAT INTERNET KOMUNITI BUKIT KUANG.

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021

Slot motivasi dalam membantu masyarakat menjaga kesihatan mental dan emosi di musim PKP....baca selanjutnya

PROGRAM LIVE DI FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021

Slot Kerohanian dalam membantu masyarakat memperbetulkan bacaan alfatihah dengan tajwid yang betul serta bacaan yasin untuk menghidari wabak penyakit covid-19....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti