Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti ini mendapat sambutan yang luar biasa walaupun pada musim hujan. Pengunjung yang hadir dapat merasai sendiri pengalaman memadam api yang dibantu oleh beberapa orang ahli Pasukan Bomba & Penyelamat. Program ini turut dibantu oleh wakil-wakil staf Pusat Internet daerah kemaman. Kedatangan Mobile Spa(hair care) mendapat sambutan para wanita kerana setiap peserta mendapat promosi daripada pihak Mobile Spa. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh MPKK Kg. Baru Kemasik iaitu En.Ibni Hajar bin Idris....baca selanjutnya

KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MESRA KOMUNITI PUSAT INTERNET FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2018

Seramai 300 orang pengunjung telah menghadiri program ini. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan walaupun cuaca hujan tetapi semua aktiviti berjalan dengan lancar. Pengunjung dapat menyemak penyata KWSP di booth KWSP, pemeriksaan mata PERCUMA di booth EFKEYO OPTOMETRIS, serta menderma darah di booth DERMA DARAH, dan yang paling penting jualan produk VIVO Y53 + FREE 105 GB INTERNET mendapat sambutan yang menggalakkan....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH HARI WARGA EMAS

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan disamping memperingati mereka yang memerlukan....baca selanjutnya

KELAS MASAKAN BERSAMA WANITA FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 10 September 2018

Kelas masakan ini diadakan setiap hari isnin pada setiap bulan. Kelas masakan ini adalah aktiviti yang santai disamping memberi ilmu masakan secara PERCUMA oleh tenaga pengajar iaitu terdiri daripada Guru Masakan KEMAS. Semua golongan wanita yang menyertai kelas ini dapat merasai sendiri pengalaman memasak lauk pauk, membuat kuih muih moden dan tradisional. Tenaga pengajar akan memberi resepi dan mengajar cara-cara memasak satu persatu kepada peserta....baca selanjutnya

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 04 Julai 2018

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan pada setiap tahun. Jemputan yang dibuat adalah untuk seisi keluarga dan semua agensi-agensi berdekatan seperti sekolah,balai polis,klinik kesihatan dan banyak lagi. Beraneka pilihan makanan boleh dipilih oleh setiap pengunjung seperti nasi,gulai kawah,ayam golek,aiskrim, kuih muih,laksa dan sebagainya....baca selanjutnya

WORLD QURAN HOUR BERSAMA SI CILIK

Aktiviti Terkini | 07 Jun 2018

Program ini telah disertai seramai 122 orang peserta bersama 13 orang guru pengiring. Seluruh dunia bergabung selama sejam untuk membaca dan berinteraksi dengan al-Quran sebagai permulaan umat ke arah kerangka fikir al-Quran dan akhlak Muslim yang sejati. Program ini telah mendapat sambutan yang agak memuaskan dari Tabika Kemas berdekatan....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2018

Tumpuan utama program ini adalah untuk aktiviti pengagihan MyAgro Simcard secara PERCUMA kepada petani/peneroka. Pihak PI1M Felda Kerteh 5 merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PI1M Felda Kerteh 5 di masa akan datang....baca selanjutnya

KEM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN KETENGAH JAYA BERSAMA PANEL PENASIHAT KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Dungun. Ia memberi pendedahan kepada komuniti berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan di PI1M. Aktiviti santai ini dapat memberi keseronokan kepada pengunjung dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Tujuan utama mengadakan program bersama EFKEYO Optimetris Kemaman adalah untuk membantu komuniti setempat dan memberi kemudahan kepada mereka terutamanya golongan yang berumur serta mereka yang mempunyai kekangan waktu dan mereka yang sukar untuk bergerak sendiri ke kedai kedai Optimetris untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan mata....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & 4U2C BERSAMA SEKOLAH PENDIDIKN KHAS SELURUH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Taklimat tentang penggunaan interenet secara selamat dan bijak kepada para pelajar Sekolah Pendidikan Khas seluruh Kemaman berserta guru pembimbing. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti bersama pelajat iaitu membuat kolaj KDB....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Tujuan utama mengadakan program bersama EFKEYO Optimetris Kemaman adalah untuk membantu komuniti setempat dan memberi kemudahan kepada mereka terutamanya golongan yang berumur serta mereka yang mempunyai kekangan waktu dan mereka yang sukar untuk bergerak sendiri ke kedai kedai Optimetris untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan mata....baca selanjutnya

LAWATAN TABIKA PERPADUAN FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2018

Lawatan ini telah dihadiri oleh dua orang guru pengiring dan 10 orang kanak-kanak tabika perpaduan Felda Kerteh 5. Lawatan ini merupakan salah satu program komuniti dimana dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan penggunaan teknologi terkini yang dapat membantu proses pembelajaran serta peningkatan IQ mereka...baca selanjutnya

MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti