HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 08 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Baru Kemasik

Tujuan :
Hari Bersama Komuniti ini mendapat sambutan yang luar biasa walaupun pada musim hujan. Pengunjung yang hadir dapat merasai sendiri pengalaman memadam api yang dibantu oleh beberapa orang ahli Pasukan Bomba & Penyelamat. Program ini turut dibantu oleh wakil-wakil staf Pusat Internet daerah kemaman. Kedatangan Mobile Spa(hair care) mendapat sambutan para wanita kerana setiap peserta mendapat promosi daripada pihak Mobile Spa. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh MPKK Kg. Baru Kemasik iaitu En.Ibni Hajar bin Idris.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf pi dan juga penduduk kampung.
• Dapat menjalinkan hubungan baik dengan MPKK kg. baru kemasik.
• Penduduk dapat pengalaman memadamkan api.
• Si cilik dapat merasai sendiri menjadi ahli bomba dengan memakai seragam bomba dan mengikuti aktiviti yang Pasukan Bomba & Penyelamat sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :