PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA

Aktiviti terkini |4 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di PEDi Felda Kerteh 5 pada 4 Jun 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.
• Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster Kemaman dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasek.
• Dihadiri oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman dan Komuniti Ketengah Jaya.
• Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat.


Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan SKMM amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat setempat.
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Booth Pameran
• Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika
• Pembelian Bahan E-Sisa oleh MPK
• Taklimat Kesedaran E-Sisa Terbuka kepada semua pengunjung
• Jualan Usahawan PEDi dan Barangan ICT


Kelebihan Aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama di Antara petugas PEDi Kluster Kemaman dengan Majlis Perbandaran Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasek.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.