KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN BERSAMA SSM

Aktiviti terkini |19 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Anak Dara

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di PEDi Bukit Anak Dara pada 19 September 2022 bersamaan hari Isnin tepat jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.
• Program ini mendapat kerjasama daripada petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman.
• Program ini diadakan untuk menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkualiti dan holistik dengan memberikan maklumat terkini mengenai proses persediaan perniagaan di Malaysia


Tujuan :
• Memberikan pendedahan kelebihan mendaftar dengan SSM
• Pelabur dan pengguna akan lebih meyakini sesuatu perniagaan yang didaftarkan dengan SSM kerana hak pengguna sebagai pembeli akan lebih terjamin.
• Menjalinkan kerjasama antara pusat internet dan agensi kerajaaan.
• Usahawan dan peniaga akan mendapat peluang dari segi bantuan kerajaan untuk meningkatkan perniagaan sebagai contoh geran dan dana perniagaan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin Percuma (SPPP)
• Daftar Akaun EZBIZ
• Pembaharuan Perniagaan
• Pembayaran Kompoun
• Reset kalaluan
• Perubahan Maklumat perniagaan
• Penambahan Cawangan perniagaan
• Penamatan perniagaan
• Khidmat nasihat dari SSM


Kelebihan Aktiviti :
• Nama perniagaan menjadi hak eksklusif usahawan dan tidak boleh diguna pakai oleh orang lain setelah mendaftar dengan SSM.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.