PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK LITTLE HAJJ 2022 ANJURAN TADIKA MGB

Aktiviti terkini |28 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan PEDi Felda Kerteh 5 dan Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pusat Ekonomi Digital dan Perpustakaan Felda Kerteh 5 pada 28 Julai 2022 bersamaan hari Khamis tepat jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
• Program ini dianjurkan oleh Tadika MGB. Dihadiri oleh pelajar PDK Felda Kerteh 6, murid2 tadika MGB, dan pelajar transit MGB.
• Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman berharga kaedah praktikal ‘Naik Haji’ kepada anak-anak.


Tujuan :
• Anak anak melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaabah .
• Dapat belajar cara Memakai Kain Ihram Untuk Haji.
• Pengenalan & Aktiviti Wuquf di Arafah .
• Anak-anak dapat melaksanakan satu daripada rukun yang dianggap sebagai kemuncak kepada ibadat haji, iaitu wukuf di Arafah, sebagai mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Haji itu, salah satu daripada rukunnya ialah wukuf di Arafah.
• Melakukan program bermalam di Muzdalifah.
• Melakukan aktiviti mabit di Mina.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pendaftaran peserta
• Memakai pakaian haji
• Semak passport anak-anak.
• Ihram
• Wukuf di Arafah
• Tawaf
• Sai’e
• Bercukur
• Tertib
• Bersurai


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui pendekatan amali seperti ini dapat memberi sedikit pengalaman buat anak-anak serta memotivasikan mereka untuk menjalani ibadah haji ini satu hari nanti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.