Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program sukan rakyat ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu tahu mengenai sukan rakyat supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Selain itu juga, program Sukan Rakyat ini sangat penting dijalankan oleh kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung tidak mengira peringkat umur. Sekaligus, bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BAHARU BUKIT MENTOK

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2019

Hari Bersama Komuniti sangat penting bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 21 September 2019

Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk mewar-warkan kewujudan kemudahan Pusat Internet kepada penduduk sekitar dan sebagai atu langkah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar dengan memperkenalkan fungsi serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan......baca selanjutnya

'SCHOOL BREAK SPECIAL MERDEKA'

Aktiviti Terkini | 13 - 17 Ogos 2019

Kepesatan penggunaan teknologi pada zaman sekarang memerlukan anak-anak untuk mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Penggunaan teknologi juga akan melahirkan anak-anak yang kreatif menggunakan daya imaginasi yang tinggi. Aktiviti yang santai dapat menarik minat anak-anak menyertai program ini....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Kuang yang disertai oleh belia dan beliawanis, ibu tunggal, suri rumah dan peniaga online...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER KEMAMAN & PROGRAM MY HEALTH

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai program kesihatan My Health dan pemeriksaan percuma kepada pengunjung Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman disamping dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena jamuan hari raya....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah semperna majlis bacaan yassin dan memberi sumbangan sempena bulan ramadhan. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM FELDA SEJAHTERA SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 18 April 2019

Pihak Pusat Internet Daerah Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada program tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi Pusat Internet di masa akan datang.....baca selanjutnya

PROGRAM SAYANGI DIRIKU & KELUARGAKU

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

Program Sayangi Diriku & Keluargaku adalah anjuran AADK Daerah Kemaman dengan kerjasama Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5, Pusat Internet Felda Kerteh 5 da MPPK Felda kerteh 5. Program ini adalah bertujuan memberi pendidikan dan pendedahan bahaya Dadah serta member kesedaran kepada komuniti....baca selanjutnya

Kelas Usahawan - Pembuatan Cheese Tart & Fruit Tart

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2019

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman dalam usaha untuk menarik komuniti setempat untuk menceburi bidang perniagaan....baca selanjutnya

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kerteh 5

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Program pemeriksaan darah PERCUMA dan Mobile SPA (Rawatan Facial) telah dianjurkan oleh ELKEN MALAYSIA. Manakala pemeriksaan mata PERCUMA dianjurkan oleh EFKEYO Optometry.Program ini merupakan salah satu program komuniti dimana dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti