MINI KARNIVAL PEDI KG. GONG CHENGAL

Aktiviti terkini |21 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Gong Chengal

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di PEDi Kg Gong Chengal pada 21 Oktober 2023 tepat jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.
• Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada MCMC dan Postal Forum bersempena Hari Pos sedunia yang disambut pada 9 Oktober setiap tahun .
• Selain itu, petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman turut membantu dalam program ini.


Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk mempromosikan PEDi yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penduduk kampung mendapatkan maklumat-maklumat terkini disamping memperluaskan pengetahuan dalam penguasaan internet untuk kegunaan seharian mereka.
• Memberi pendedahan tentang peranan pos dalam kehidupan seharian, perniagaan serta sumbangannya terhadap pembangunan sosial ekonomi.
• Program ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk kampung itu sendiri serta pihak pengurusan PEDi.
• Menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti PEDi.
• Mempromosi aktiviti PEDi dan menambahkan ahli PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Persiapan tempat
• Pendaftaran peserta
• Pertandingan mewarna,
• Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) ,
• Pertandingan Fast Typing dan Pertandingan Puzzle Online
• Taklimat Pihak Postal Forum MCMC
• Pertandingan Kuiz Kahoot Hari Pos Sedunia
• Teka bilangan Setem
• Sukaneka Kanak-kanak dan dewasa.
• Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
• Sesi bergambar
• Bersurai


Kelebihan Aktiviti :
• Program ini dapat menjadi medium bagi PEDi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.