SAMBUTAN HARI PENEROKA DAN BULAN KEMERDEKAAN FELDA KERTEH 5

Aktiviti terkini |17 & 19 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Sivik Felda Kerteh 5, Masjid Jamek Felda Kerteh 5 Dan Padang Bola Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di Padang Bola dan Dewan Orang Ramai Felda Kerteh 5 pada 17 Ogos 2023 hingga 19 Ogos 2023 tepat jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
• Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para komuniti Felda Kerteh 5.
• Program ini juga mendapat kerjasama daripada petugas-petugas Pejabat Felda Kerteh 5 , Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5, PEDi Felda Kerteh 5 dan Komuniti-komuniti Felda KErteh 5 .


Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas-petugas dengan Komunti Felda Kerteh 5
• Mewujudkan kerjasama berpasukan dalam menyiapkan tugasan yang diberi
• Dengan melaksanakan sambutan kemerdekaan, kita dapat meraikan pengorbanan generasi terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan Negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• OGOS 2023 (KHAMIS )
• Klinik Perwarisan ( Dewan Sivik Felda Kerteh 5 )
• Tahlil Perdana ( Masjid Jamek Felda Kerteh 5 )
• OGOS 2023 ( JUMAAT)
• Pertandingan Khemah Zon
• Senamrobik
• Sukaneka
• Pertandingan lori cun
• Pertandingan Gubahan Kain Telekung
• Pertandingan Motor Buruk
• Pertandingan Basikal Merdeka
• Pertandingan Memasak
• OGOS 2023 ( SABTU)
• Acara perbarisan mengikut zon
• Pertandingan Gubahan Pulut Kuning
• Majlis Penutup dan penyampaian anugerah
• Ceramah Perdana ( Sesi Malam)


Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan masyarakat yang bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain agar kemajuan dan kemakmuran bersama dapat dicapai tanpa perlu mengorbankan kedaulatan tanah air kita


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.