PROGRAM SEHARI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA, BANK RAKYAT DAN KOMUNITI

Aktiviti terkini |27 jun 2023

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Felda kerteh 5 pada 27 Jun 2023 bersamaan hari Selasa tepat jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang .
• Dihadiri oleh penduduk sekitar Ketengah Jaya dan mendapat kerjasama daripada petugas-petugas PEDi Felda Kerteh 5 , dan Bank Rakyat . Program ini dianjurkan oleh Pepustakaan Desa PNM Zon 8 & 10, Terengganu.


Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudan Perpustakaan Desa.
• Memberikan kemudahan capaian maklumat secara talian kepada masyarakat
• Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membaca . Dimana membaca mampu melahirkan bangsa yang Berjaya
• Membudaykan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat luar bandar
• Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu dalam kalangan warga setempat

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Persiapan Tempat
• Pendaftaran
• Pertandingan mewarna bersama Bank Rakyat
• Pertandingan Susun suai ( Jigsaw puzzle ) bersama Bank Rakyat
• Pertandingan deklamasi sajak
• Taklimat Bank Rakyat
• Pertunjukkan demo kebakaran daripada BOMBA
• Taklimat bahaya dadah daripada AADK
• Jom baca 10 minit
• Klik dengan Bijak bersama PEDi Felda Kerteh 5


Kelebihan Aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama dengan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) , Bank Rakyat, PEDI Felda Kerteh 5, AADK , dan Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5,


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.