PROGRAM SANTAI BERSAMA KOMUNITI (KLUSTER KEMAMAN)

Aktiviti terkini |24 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Kuang

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di PEDi Bukit Kuang pada 24 Jun 2023 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
• Dihadiri oleh penduduk Bukit Kuang dan mendapat kerjasama daripada petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman dan petugas Tabung Haji.


Tujuan :
• Memperkenalkan perkhidmatan dan kursus yang terdapat di PEDi.
• Mengalakkan orang ramai untuk membuat simpanan dalam tabung haji dan cara pengurusan Haji dengan betul.
• Dapat menjalinkan kerjasama dengan Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Tabung Haji dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
• Memupuk minat adik-adik Tadika dalam berkarya dan berimaginasi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Persiapan Tempat
• Pendaftaran
• Pertandingan Mewarna
• Pertandingan Gubahan Tuala
• Booth Tabung Haji
• Jualan Usahawan
• Penyampaian hadiah
• Sesi bergambar & bersurai


Kelebihan Aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama dengan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) , Tabung Haji, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) , petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman, serta penduduk Bukit Kuang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.