PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BAHARU BUKIT MENTOK

Aktiviti terkini | 09 Oktober 2019

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Daerah Kemaman

Tujuan :
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat menggunakan internet dengan cara yang selamat.
• Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran untuk lebih berwaspada dalam melayari media sosial.
• Pelajar akan menjadi lebih positif dalam menggunakan kandungan berangkai.
• Mempromosikan Pusat Internet dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar sekolah dan guru-guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.