PROGRAM SOLUSI PERNIAGAAN MEMALUI PEMASARAN DIGITAL OLEH LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) ANJURAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

Aktiviti terkini |19 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
• Program ini di adakan di PEDi Felda Kerteh 5 dengan kerjasama semua PEDi di Kluster Kemaman.
• Program ini diadakan secara dua sesi iaitu sesi 1 pada jam 9.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari manakala sesi 2 pada jam 2.30 sehingga petang 5.30 petang.
• Pogram ini telah dikendalikan oleh dua orang Pegawai FAMA Negeri Terengganu iaitu En. Zamani Bin Mohamed dan En. Abdul Mu'izz bin Yahya.
• Sasaran program ini adalah golongan usahawan dan seramai 20 orang usahawan dari pelbagai produk telah menyertai program ini.

Tujuan :
• Tujuan program ini adalah untuk membantu memasarkan dan menyediakan ruang pasaran digital bagi produk agromakanan menerusi platform Agrobazaar Online.
• Melalui platform ini dapat membantu memasarkan dan mempromosikan produk secara online.
• Selain itu, dapat analisa produk usahawan agromakanan bimbingan FAMA sebelum usahawan memasarkan produk bagi menepati ciri-ciri dan syarat yang ditetapkan serta menepati citarasa pengguna.
• Antara modul pengajaran pada hari tersebut adalah taklimat umum Pemasaran Digital FAMA dan tatacara pendaftaran sebagai pengguna, pekedai serta Ejen / Affilliate Portal Agrobazaar Online melalui sesi Onboarding Portal Agrobazaar Online.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pendafataran peserta sesi pagi
• Taklimat umum pemasaran Digital FAMA
• Sesi onboarding portal Agrobazaar Online
• Peserta sesi pagi bersurai
• Pendaftaran sesi petang
• Taklimat Umum pemasaran Digital FAMA sesi petang
• Onboarding portal Agrobazaar sesi petang
• Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam -pengendalian komputer untuk urusan harian.
• Memasarkan produk usahawan secara online

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.