KELAS PEMBUATAN BOMBOLINI

Aktiviti terkini | 29 Februari 2020

Tempat Aktiviti:
Balairaya Felda Kerteh 5

Tujuan :
• Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai para wanita melibatkan diri dalam aktiviti luar.
• Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastry kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga.
• Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita.
• Selain itu, kelas ini dapat mengisi masa lapang wanita-wanita di kawasan sekitar.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan dan kemahiran teori serta amali mengenai cara pembuatan bombolini yang betul dengan jelas.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet dengan komuniti melalui program ilmiah yang diadakan di Balairaya Felda kerteh 5.
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.