Kursus Usahawan:Pembuatan Cheese Tart & Fruit Tart

Aktiviti terkini | 09 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Kerteh 5

Tujuan :
• Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan pastry kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang mempunyai minat untuk mendalami ilmu rumahtangga.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan dan kemahiran teori serta amali mengenai cara pembuatan pastry yang betul dengan jelas.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet dengan komuniti melalui program ilmiah yang diadakan di Pusat Internet.
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet kepada komuniti.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.
• Memupuk masyarakat setempat menceburi bidang perniagaan serta melahirkan usahawan baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :