Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1978, kawasan rancangan lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di bandar KETENGAH jaya ialah rancangan FELDA kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu rancangan FELDA kerteh 6, rancangan FELDA kerteh 4 dan rancangan FELDA kerteh 5.
Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan felda ditambah iaitu rancangan felda kerteh 2 dan rancangan felda kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.
Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu rancangan FELDA 1, rancangan FELDA 2, rancangan FELDA 3, rancangan FELDA 4, rancangan FELDA 5 dan rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti taman murni dan taman takwa yang dibina berhampiran dengan bandar KETENGAH jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PENGENALAN MICROSOFT WORD BERSAMA PELAJAR SAB PART 1
Aktiviti Terkini | 9 September 2024Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai perisian Microsoft word untuk membuat pelbagai jenis dokumen ....baca selanjutnya
PENGENALAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2024Pada 13 Ogos 2024 iaitu pada hari Selasa NADI Felda Kerteh 5 telah mengadakan program PENGENALAN MICROSOFT WORD...baca selanjutnya
PENGENALAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2024Pada 15 Julai 2024 iaitu pada hari Isnin NADI Felda Kerteh 5 telah mengadakan program PENGENALAN APLIKASI CANVA VIDEO ...baca selanjutnya
PENGENALAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 9 Jun 2024Pada 9 Jun 2024 iaitu pada hari Ahad NADI Felda Kerteh 5 telah mengadakan program PENGENALAN KOMPUTER...baca selanjutnya
PENGENALAN KOMPUTER BERSAMA PELAJAR SAB
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2024Pada 15 Mei 2024 iaitu pada hari Rabu NADI Felda Kerteh 5 telah mengadakan program PENGENALAN KOMPUTER BERSAMA PELAJAR SAB...baca selanjutnya
DESIGN POSTER BERSAMA PELAJAR PPDK
Aktiviti Terkini | 21 April 2024Pada 21 April 2024 iaitu pada hari Ahad NADI Felda Kerteh 5 telah mengadakan program DESIGN POSTER BERSAMA PELAJAR PPDK ...baca selanjutnya
BASIC CANVA
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2024Pada 19 Mac 2024 iaitu pada hari Selasa NADI Felda Kerteh 5 telah mengadakan program BASIC CANVA...baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN ASAS SHOPEE DAN MOBILE FOTOGRAFI
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kemaman Open Inovation Lab ( KOIL) telah mengadakan program Kelas usahawan “Asas Shopee Dan Mobile Fotografi” pada 24 Februari 2024...baca selanjutnya
PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA MOBILE AR RAYYAN
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2024Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program pmeriksaan mata percuma bersama Mobile Ar Rayyan...baca selanjutnya
PROGRAM PEMBUKAAN MEGA KAUNTER PENDAFTARAN PADU DI PEDI FELDA KERTEH 5
Aktiviti Terkini | 7 Februari 2024Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program Pembukaan Mega kaunter pendaftaran Padu ....baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA KOMUNITI (KLUSTER KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Kaunter Tabung Haji...baca selanjutnya
PROGRAM KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2024Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program Kaunter Bergerak Tabung Haji pada 15 Januari 2024 iaitu pada hari Isnin....baca selanjutnya
PROGRAM JELAJAH RAHMAH PADU MEGA EFKEYO SEMPENA PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PADU DI PEDI FELDA KERTEH 5
Aktiviti Terkini | 13 Januari 2024Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program Jelajah Rahmah Padu Mega Efkeyo sempena pembukaan kaunter pendaftaran Padu...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya